1) Maklumat Rumah
Pertama sekali, pastikan anda sediakan maklumat terperinci tentang rumah tersebut, termasuklah:- Lot bumiputera atau bukan bumiputera? Jika lot bumiputera, ia hanya boleh dipindah milik kepada bukan bumiputera selagi ianya mematuhi garis panduan Kerajaan Negeri.
- Freehold atau leasehold? Freehold selalunya lebih mahal, manakala leasehold lebih berisiko.
Selain itu, buat semakan terhadap pinjaman perumahan, sama ada ia ada penalti bagi lock-in period.Secara mudahnya, lock-in period adalah tempoh di mana peminjam tidak dibenarkan menjual hartanah mereka. Tapi kalau jual juga, itu yang kena penalti, biasanya sekitar 2% hingga 5%.
2) Semak Harga Pasaran Rumah
Tak kisahlah anda nak jual apa sekalipun, pastinya nak tetapkan harga yang tak tinggi sangat sampai tak ada siapa nak beli, tapi tak rendah sangat supaya anda dapat pulangan yang sepatutnya.Jadi, pastikan anda membuat kajian mendalam tentang harga pasaran. Ini 4 perkara yang boleh membantu:- Tinjau harga di Mudah.my, Facebook, Propertyguru, Edgeprob DLL
- Semak harga traksaksi terkini
- Buat semakan dengan ejen hartanah
- Dapatkan perkhidmatan juru nilai profesional
3) Kaji Pesaing Dan Permintaan
Dalam pasaran hari ini, hampir semua hartanah ikut harga pasaran. Tapi kenapa majoritinya tak laku. Adakah sebab kurang marketing? Bukan. Jawapannya adalah..
Harga pasaran bukan penentu rumah boleh cepat laku. Sebaliknya, anda mesti ambil kira harga pesaing anda, semasa tetapkan harga jualan.
Jadi, bagaimanakah nak semak harga pesaing?
- Semak portal iklan dan lihat harga tertinggi dan terendah rumah berdekatan. Pastikan ciri rumah sama. Adakah harga anda kompetitif? Rumah yang berharga lebih rendah daripada rumah anda, pastinya akan terjual terlebih dahulu.
- Tanya ejen hartanah tentang transaksi semasa untuk ukur permintaan. Walaupun harga tinggi, boleh jadi lokasi tak dapat sambutan.

4) Ambil kira faktor yang pengaruhi harga jual
Ada beberapa faktor yang boleh pengaruhi harga jual. Elakkan letak harga terlalu tinggi jika:
- Persekitaran kurang baik. Contohnya rumah yang dekat dengan loji kumbahan, stesen janakuasa, tempat pembuangan sampah atau tapak kuari.
- Rumah ada kerosakan. Rumah akan susah nak terjual kalau ada kerosakan major, macam retak atau bocor.
- Rumah pangsapuri paling atas. Permintaan kurang untuk unit jenis ini terutama pangsapuri yang tak ada lif.
- Rumah di kawasan bermasalah. Contohnya, rumah berhampiran kawasan tanah runtuh atau banjir.

Anda juga mesti tetapkan harga tinggi sedikit dari harga yang anda nak jual. Ini untuk pastikan anda ada ruang untuk rundingan. Ingat, walaupun harga rumah tu dah murah, pembeli akan tetap runding.
Anda juga mesti tetapkan harga tinggi sedikit dari harga yang anda nak jual. Ini untuk pastikan anda ada ruang untuk rundingan. Ingat, walaupun harga rumah tu dah murah, pembeli akan tetap runding.
6) Dapatkan Ejen Hartanah Untuk Menjual Rumah AndaEjen hartanah memainkan peranan penting untuk menjadikan proses jual beli rumah anda mudah dan teratur.Ejen yang terlatih akan membantu memasarkan rumah anda untuk dijual, berunding dengan pembeli, dan memastikan proses jual beli rumah berjalan dengan lancar.Setiap ejen hartanah perlu berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Hartanah Dan Pengurus Harga (LPPEH).
Setelah berjaya mendapatkan ejen hartanah yang boleh diharap, beritahu akan harga yang ingin dijual serta diskaun yang anda mampu tawarkan kepada pembeli.
Setelah berjaya mendapatkan ejen hartanah yang boleh diharap, beritahu akan harga yang ingin dijual serta diskaun yang anda mampu tawarkan kepada pembeli.
7) Sediakan Dokumen
Berikut adalah dokumen yang anda perlu sediakan untuk jual rumah.
- Salinan kad pengenalan
- Salinan perjanjian jual beli semasa belian
- Salinan geran
- Penyata pinjaman terkini
- Bil cukai pintu dan cukai tanah
- Bil penyelenggaraan
- Bil utiliti
Anda perlu serahkan dokumen 1 – 4 kepada peguam, untuk mereka draf perjanjian jual beli. Yang selebihnya setelah anda tandatangan perjanjian jual beli.

8) Sediakan Rumah Untuk Jualan
- Baiki inspirasi pertama rumah anda
- Ambil gambar cantik-cantik
- Iklankan Rumah Anda
9) Patutkah Saya Guna Khidmat Ejen Hartanah Yang Berdaftar?
Anda sendiri lihat artikel ni memang panjang. Tetapi ada banyak lagi aspek jualan rumah yang saya tak mampu nak tulis.
Anda boleh jual rumah tanpa ejen, tapi ianya tak mudah. Perlukan kepakaran, pengetahuan dan masa.
Jika anda tidak cukup salah satu bahan ni urusan jual beli akan jadi stressful dan tak berjaya jual rumah dengan cepat. Dalam kaadaan macam ni, lebih baik lantik ejen hartanah untuk menjual rumah anda.
Ejen hartanah akan bantu anda untuk buat semua kerja jualan ni. Mereka juga akan jadi penasihat yang baik supaya anda tak rugi.
Apa pun pastikan anda berurusan dengan ejen hartanah berdaftar. Urusan terjamin selamat kerana praktis mereka dikawal selia oleh Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Hartanah dan Pengurus Harta.
Kalau anda ingin jual rumah dan melantik ejen hartanah, saya juga boleh bantu anda.