Header Ads Widget

Panduan Dan Cara Beli Rumah

Gaji kecil tak semestinya perlu menghalang anda daripada membeli rumah pertama.
Selagi anda bertanggungjawab dalam menjaga perbelanjaan, hartanah akan jadi aset yang sangat berguna, dan boleh meningkat nilainya.

Dalam artikel ni, kita akan bincangkan macam mana nak beli rumah pertama dengan gaji kecil.

Kita akan buat kira-kira asas untuk menentukan jumlah pinjaman yang anda boleh mohon berdasarkan gaji.

Nak senarai skim rumah mampu milik di Malaysia call kami sekarang!

Semak Kelayakan Dan Kemampuan Bayar Pinjaman Bank

Dalam hartanah, ada istilah yang dikenali sebagai Income-to-Mortgage Ratio.

Pinjaman bulanan anda tidak boleh lebih daripada satu pertiga gaji kasar (gaji yang anda dapat sebelum ditolak cukai, perbelanjaan, dsb).

Jadi, cara nak kira pinjaman maksimum adalah:
Kalau gaji anda RM3,000 sebulan, pinjaman bulanan tak patut lebih daripada RM900!

Semak Sejarah Kredit ANDA!

Perlu semak report kredit CCRIS (Central Credit Reference Information System, atau Pusat Sistem Maklumat Rujukan Kredit).

Report ni sangat penting kerana mengandungi pelbagai maklumat kewangan peribadi yang akan digunakan oleh bank untuk buat keputusan atas setiap permohonan pinjaman perumahan:

  • Semua pinjaman/kredit tertunggak
  • Akaun perhatian khusus yang mana akaun dipantau rapat oleh institut kewangan
  • Permohonan pinjaman kredit yang dah lulus atau sedang diproses dalam tempoh 12 bulan


Dokumen Yang Lengkap

Untuk mohon pinjaman rumah, pastikan dokumen sokongan lengkap. Jika anda bekerja, dokumen yang diperlukan ialah:

  • Salinan kad pengenalan
  • Penyata gaji tiga bulan terkini atau enam bulan terkini, jika ada pendapatan tak tetap macam elaun lebih masa (overtime).
  • Penyata bank tiga bulan terkini atau enam bulan terkini, jika ada pendapatan tak tetap macam elaun lebih masa (overtime).
  • Penyata KWSP atau borang EA
  • Dokumen sokongan untuk pendapatan sampingan (pendapatan sewa, ASB dan lain-lain)
  • Borang tempahan atau surat niat untuk anda membeli rumah

Apa Kos-Kos Lain Yang Terlibat?

Sekarang kita dah tahu jumlah pinjaman macam mana yang anda layak, dan jumlah pinjaman bulanan yang anda perlu bayar.
Tapi ada banyak kos lain yang anda perlu fikirkan, nak lagi dalam peringkat awal proses membeli rumah, termasuklah:


1) Deposit

Deposit rumah adalah sebanyak 10% daripada harga belian. Masa setuju beli rumah, anda akan bayar wang tempahan sebanyak 3% kepada agensi hartanah atau peguam sebagai pemegang amanah. Setelah pinjaman lulus, anda akan tandatangan perjanjian jual beli dan bayar baki 7% lagi, menjadikan jumlahnya 10%.

2) Kos Guaman Dan Duti Setem Perjanjian Jual Beli

Anda juga perlu sediakan tunai sebanyak 3% – 5% daripada harga belian untuk bayar kos guaman dan duti setem perjanjian jual beli. 
Bilakah anda perlu bayar kos guaman ni? Bila pinjaman lulus dan anda lantik peguam untuk buat perjanjian jual beli, mereka biasanya akan minta deposit sekitar RM 300 – RM500. Baki kos guaman ni anda perlu selesaikan setelah perjanjian jual beli tu ditandatatangan dan disetem.

3) Kos-kos Lain

Selain daripada kos guaman dan duti setem perjanjian jual beli, anda juga ada beberapa kos lain, iaitu kos guaman dan duti setem perjanjian pinjaman, insuran MRTT dan kos penilaian rumah. Tapi biasanya kos-kos ni anda tak perlu bayar tunai. Kebanyakan pakej pinjaman benarkan anda untuk masukkan kos ni dalam pinjaman. Apa pun, rujuk jurubank anda sebelum teruskan.

4) Banyaknya Kena Bayar! Ada Cara Lain Tak Nak Kurangkan Bayaran Tu?

Jangan risau, ada caranya. 

Rancang Jangkamasa Jual Beli

Ok, setelah anda bersedia dari segi kewangan, anda juga mesti rancang jangkamasa jual beli tu. Persoalan yang kita nak selesaikan dalam bahagian ni ialah, kalau buat belian rumah, bila anda akan dapat kunci?

Untuk sesetengah individu, jangka masa jual beli ni penting. Kita mungkin perlu rancang bila perlu keluar dari rumah sewa, daftar anak di sekolah baru dan sebab-sebab lain.

Jadi macam mana kita tahu bila kita akan terima kunci? Proses jual beli ni sebenarnya berkait rapat dengan status hartanah tu.

Semoga berjaya beli rumah idaman anda. Jika anda ada pertanyaan, boleh direct call atau whatsapp saya.