Anda dah pasti ke nak beli rumah yang mana? Lokasi dekat mana?
Pastikan anda semak dahulu 8 tips ini sebelum anda membeli rumah.
1) Beli Ikut Kemampuan
2) BELI Dekat Tempat Kerja
- Jika masih bujang, cari rumah yang ada potensi untuk disewa tinggi dan kenaikkan nilai hartanah setahun yang baik.
- Jika dah kahwin, cari rumah yang dekat tempat kerja isteri. Biar yang jauh berulang itu kita. Isteri, mudahkan ia kawan.
- Suami yang baik utamakan isteri, mereka hanya bantu kita berkerja bukan jadi tunjang pendapatan utama buat keluarga.
3) JANGAN LABUR JANGKA PENDEK
Pelaburan jangka pendek sesuai bagi anda yang ingin mendapatkan pulangan dalam masa yang singkat.
Pelaburan jenis ini hanya memerlukan tempoh matang 3 hingga 5 tahun sahaja untuk memperoleh keuntungan. Kemudian, anda bebas untuk mengeluarkan wang pada bila-bila masa sekiranya diperlukan.
Risikonya yang rendah menjadikan pelaburan jangka pendek sangat menarik. Ia amat sesuai bagi anda yang tidak mahu menunggu terlalu lama dan ingin elakkan kerugian.Jangan ada impian jual lepas siap. Kebanyakkan hartanah masih tidak menguntungkan kini lepas siap. Jangan ada perancangan jangka pendek.
Namun, pastikan anda tidak melaburkan kesemua wang atau aset anda untuk pelaburan jangka pendek. Sebaiknya, ketepikan sebahagian daripadanya sebagai simpanan kecemasan.
4) Kaji Persekitaran
Pastikan dekat dengan kemudahan sekolah, jalan utama, klinik dan kedai. Makin dekat masjid lebih baik.
Secara umumnya, tidak kira bagi tujuan pelaburan atau kediaman sendiri, pastikan lokasi rumah ini sudah berada di dalam kawasan yang matang atau lebih mudah, kawasan yang sudah membangun.
5) Ambil kira Kos Tambahan
Bagi unit kondo, pangsapuri dan servis apartment. Ada banyak kos tambahan bulanan. Ada bayaran sehingga RM200-350 setiap bulan.
Anda perlu semak kos ini sebelum membeli. Ada tempat yuran penyelenggaraan boleh mencecah 50 sen untuk satu kaki persegi. Setelah anda semak, ambil kira kos ini dalam bajet bulanan anda untuk elakkan kejutan.
6) Privasi Anda
7) Nilai Semula sebelum beli
Sebelum anda beli rumah sama ada pasaran sekunder (‘subsale’) atau lelong, menganggar nilai pasaran adalah sangat penting kerana bank hanya memberi peratusan pembiayaan mengikut nilai pasaran atau harga beli / bida, mana-mana yang terendah.
Jika anda membeli / membida melebihi nilai pasaran, anda terpaksa membayar deposit tunai lebih daripada 10%.
Sebelum membeli unit dalam pembinaan (‘underconstruction’) juga, anda seharusnya mengambil tahu nilai pasaran hartanah di kawasan berhampiran supaya dapat anggar nilai unit anda apabila siap kelak.
8) Tiada Hartanah Sempurna
Jangan tunggu sampai jumpa hartanah sempurna. Kita tak akan beli rumah punya. Jika penuhi 70%-80% keperluan kita dah boleh beli.
Akhir sekali saya nak tekankan, adalah hampir mustahil untuk cari rumah yang sempurna. Elakkan berharap rumah yang terbaik sehingga tak beli rumah pun.
Tak mengapa berkompromi dengan ciri-ciri tertentu tetapi buatlah pilihan terbaik. Kalau anda masih mencari motivasi untuk beli rumah boleh ikuti artikel ‘Menyesal Tak Beli Rumah Dulu’
Himpun duit dan belilah hartanah pertama Anda.
